Kertas Putih

Pada Januari 1946, selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, pihak British telah kembali semula ke Tanah Melayu. Dengan kedatangan kali ini, British mahu melakukan beberapa perubahan kepada Tanah Melayu, dalam konteks ini, ialah pentadbiran. Pada 22 Januari 1946, satu "White Paper" atau "Kertas Putih" telah disiarkan dalam akhbar kerajaan. Kertas Putih ini memaparkan dasar-dasar yang menjadi kandungan dalam Malayan Union.